Kalbar Kehilangan Seorang Seniman Besar

oleh Nur Iskandar

sataruddin ramli
Kabar duka datang dari bidang seni dan budaya di Kalimantan Barat. Seorang tokoh utama di teater Mendu yang juga Ketua Dewan Kesenian Kalimantan Barat, “ayahanda” Satarudin Ramli menghembuskan napasnya yang terakhir pada pergantian waktu dini hari, Selasa, 6 Oktober 2015. Usianya 67 tahun dan memang beberapa waktu terakhir ini kesehatannya terganggu sehingga keluar masuk rumah sakit.

Pada saat dihelat Malam Apresiasi Seni dan Sastra di Pusdiklat TOP Indonesia saya mengundang “Pak Sata” panggilan akrabnya di acara kawula muda seni-sastra Kalbar, dan beliau menyambut positif. “Teroskan acaranye anande. Saye ni kebetolan baru’ keluar dari rumah saket dan sekarang haros banyak istirahat,” ungkapnya dengan aksen yang khas. Logat melayunya kental.

“Saket ape Yande?”

“Biaselah saket orang tue,” katanya dengan suara yang normal serta tertata. Tertata maksud saya adalah ciri khas atau kekhasan Pak Sata. Tata bahasa yang sistematis mencerminkan kepribadiannya yang rapih dan necis. Orangnya memang nyeni.

Saya memang tak kenal dekat dengan Pak Sata sedari kecil, namun sedari kecil itulah saya sudah mendengar nama besarnya. Khususnya seni sastra mendu. Mendu itu sejenis teater di atas panggung yang menghibur penonton dan hidup di kampung-kampung melayu, tak terkecuali di Kalbar. Nah, Pak Sata konsisten merawat mendu sehingga kerap muncul di media massa. Sewaktu kecil–sekira tahun 1980-an–ketika saya SD–sudah mendengar namanya dengan mendunya lewat siaran berita RRI. Dan ketika menjadi anggota dewan juri tokoh pendidikan dan kebudayaan di Sekretariat Daerah Cq Biro Sosial dalam lima tahun terakhir ini saya dekat dengannya. Dekat dalam satu tim bersama Dr Aswandi, Dr Rifat, Dr Clarisada, Yakobus Kumis, dan HA Halim Ramli serta Drs H Soedarto.

Saya kebetulan termuda di antara mereka sehingga mobile menggenapi ide-ide para senior tersebut. Terutama menjemput data berupa wawancara dlsb.

Selama lima tahun terakhir yang saya kenal sepanjang berpikir, berbuat dan berkarya bagi bidang pendidikan dan kebudayaan, bahwa Pak Sata konsisten di bidangnya–sampai akhir hayatnya. Yang saya tahu beliau punya proyek pentas mendu yang akan disuguhkan kepada publik di penghujung 2015. Namun begitulah ajal. Ajal tak pandang kapan dan di mana serta kepada siapa. Oleh karena itu dengan meninggalnya beliau saya pikir sedikit banyak proyek pentas mendu ini akan terganggu. Dan semoga ada kader yang meneruskan kepemimpinannya. Amiin.

Pentas mendu Pak Sata saya tonton ketika bersama Timo Duile dan Jonas (dua mahasiswa Jerman) di Rumah Melayu untuk pentas mendu tahun lalu. Di tengah kegiatan pentas itu saya sempat berbincang dengan Pak Sata dengan stelan jas model jaketnya yang berwarna gelap, bertopi dan merokok. Saat itu tampak beliau sangat menikmati kegembiraan bersama penonton, dan tentu juga bersama Ketua Umum Majelis Adat Budaya Melayu (MABM) Kalbar, Prof Dr H Chairil Effendi. Saya katakan kepada Pak Sata, “Selamat Yande atas sambutan penonton yang luar biase ramainye, mendu hidop subur agik.” Beliau tersenyum. Senyum yang guanteng. Apalagi di masa mudanya so pasti…

Semasa menjadi anggota dewan juri untuk tokoh pendidikan dan kebudayaan Kalbar, saya saksikan Pak Sata sangat aktif. Misalnya dalam rapat dan investigasi. Ia mencurahkan segenap pikirannya secara maksimal. Begitupula saat kami studi banding ke Bandung-Jawa Barat maupun Manado, Sulawesi Utara. Beliau jago meng-compare-pengetahuannya di bidang seni dan budaya sehingga wajar menjadi Ketua Dewan Kesenian Kalimantan Barat.
Kelemahan yang menjadi hobinya adalah rokok. Rokok ini candu yang membuatnya nyaman berkarya. Namun candu ini pula yang menggerogoti napasnya.

Saya katakan di banyak kesempatan, “Maseh merokok Yande? Berentilah kalok bise. Yande tu asset kesenian dan kebudayaan bagi kamek anak-anak mude.” Beliau hanya senyum sambil menarik candu dari lisongnya dalam-dalam lalu menghembuskannya pelan-pelan. Pak Halim Ramli sohib beliau yang saat itu juga ada segera nyeletuk, “Mane bise die nak berenti merokok…” Maka kami semua tertawa…Pak Sata juga tertawa…Dan prihal rokok ini beliau menunjuk Dr Rifat. “Beliau pun perokok berat,” alas lapisnya. “Kalok maot nak datang, baek ngerokok ataupon tadak. Tetap jaklah…” pungkasnya.

Rokok Pak Sata sebenarnya sudah direm dengan lisong atau oncoy. Sehingga sudah ada tapis / penyaring khusus. Namun tetap saja candu itu masih menyerang jantung. Pak Sata rentan kesehatannya.

Namun prihal rokok adalah pilihan. Saya memang pilih tidak merokok. Tapi sebagian orang suka merokok. Tak apalah. Indonesia sudah merdeka sejak 1945 bukan?

Untuk Pak Sata karya-karyanya tetap hidup walaupun beliau telah wafat. Kehidupannya yang tertata, rapi, necis, tetap dalam kenangan tak tergantikan. Begitupula sikap konsisten berkesenian maupun sikap kerja kerasnya. Ini semua contoh teladan yang pantas diikuti dan diamalkan. Dan semoga semua karya-karya beliau menjadi amal jariyah yang terus mengalir pahalanya hingga hari kiamat nanti. Dus, seiring dengan itu semoga beliau diberikan kesempatan oleh Tuhan untuk menampilkan pentas mendunya (yang tertunda) lagi di surga firdaus. Lalu kita-kita ini juga turut menyaksikannya. Aamiin ya rabbal ‘alamiin.

Hj Nur’aini Adeni; Anak Muda Jangan Malu dan Takut Berpantun

IMG-20130829-01062Oleh : Achmad Sofian

MABMonline.org, Sambas.  Disela-sela persiapannya sebagai juri Festival Berbalas Pantun. Sy Hj Nur’aini Adeni, didampingi oleh suaminya, menerima jurnalis MABMonline. Beliaupun bercerita tentang segala hal yang berkenaan dengan Pantun.

“Budaya pantun dalam kehidupan bagaikan dua sisi mata uang,” ujarnya. Budaya adalah kebiasaan yang tumbuh didalam masyarakat maupun keluarga, sedangkan pantun digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi. Pantun mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mempunyai etika yang santun di dalam pengucapannya. Maka untuk merangkai kata-kata di dalam kalimat pantun dibutuhkan jiwa yang tenang, fikiran yang bersih, hati yang tulus dan pengucapan yang ikhlas,” kata Hj Nur’aini Adeni, yang telah menerbitkan beberapa buku ini.

Harapan beliau, yang juga pengasuh acara berbalas pantun di TVRI Kalbar, “Dengan Lomba berbalas pantun, mampu mengubah etika dan moral untuk jauh lebih baik ke depannya. Khususnya bagi generasi muda, jangan malu dan takut untuk menggunakan Pantun. Baik dalam pembicaraan pergaulan dan kehidupan sehari-hari, maupun dalam berkarya melalui seni budaya Pantun ini.”

Muhammad Basiuni Imran


Muhammad Jabir As-Sambasi Khatib Sidana Kerajaan Sambas Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah dalam kerajaan Melayu yang sedemikian banyak di dunia Melayu, hanya di kerajaan Sambas di Kalimantan petugas-petugas penting kerajaan yang menangani Islam digelar ‘Maharaja Imam’, ‘Imam Maharaja’, ‘Imam’, ‘Khatib Sidana’ dan ‘Khatib’.

Di antara istilah-istilah itu ada yang telah wujud sejak tahun 1186 H/1772 M. Jawatan Maharaja Imam Sambas berakhir pada tahun 1976 iaitu setelah wafat Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Ulama ini adalah anak saudara ulama yang diriwayatkan dalam artikel ini. Diriwayatkan Imam Kerajaan Sambas yang pertama bernama Haji Mushthafa Nuruddin yang dilantik oleh Sultan Muhammad Ali Shafiyuddin (Pertama) pada tahun 1186 H/1772 M. Kira-kira 100 tahun kemudian, tepatnya pada 1289 H/1872 M barulah istilah ‘Maharaja Imam’ digunakan.

Maharaja Imam Kerajaan Sambas yang pertama ialah Maharaja Al-Imam Asy-Syeikh Muhammad Arif bin Nuruddin as-Sambasi yang dilantik oleh Sultan Muhammad Ali Shafiyuddin (Kedua). Sebelum itu, pada 1238 H/1823 M, beliau hanya digelar ‘Imam’. Disebabkan umurnya telah lanjut, beliau menyandang pangkat Maharaja Imam hanya setahun. Pada tahun 1290 H/1873 M, dilantik anak beliau bernama Syeikh Muhammad Imran bin Muhammad Arif as-Sambasi menggantikannya menjadi Maharaja Imam. Terakhir sekali dilantik pula cucu Maharaja Imam yang pertama pada 1331 H/1913 M iaitu ialah Syeikh Muhammad Basiyuni Imran bin Maharaja Asy-Syeikh Muhammad Imran. Serentak dengan perlantikan Syeikh Muhammad Arif bin Nuruddin as-Sambasi sebagai Maharaja Imam Sambas yang pertama pada tahun 1289 H/1872 M, pada waktu itulah dirasmikan pembangunan Masjid Jamik Sultan Sambas di persekitaran Istana Sultan Sambas di tepi sungai.

Beberapa tahun selanjutnya dirangka pula pusat pendidikan Islam yang dinamakan ‘Madrasah as-Sulthaniyah’ yang terletak di sebelah kiri istana pimpinan pendidikan tersebut yang diketuai Haji Ahmad Fauzi bin Syeikh Muhammad Imran. Beliau ini adalah adik-beradik Syeikh Muhammad Basiyuni Imran yang ketika perlantikan itu sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Madrasah as-Sulthaniyah dibina bertujuan memberi pendidikan Islam secara mendalam sebagai pengkaderan golongan kerabat sultan, Maharaja Imam dan jalur-jalur yang berada di bawahnya.

Sejarah susunan pentadbiran pengurusan Islam dalam kerajaan Sambas banyak dapat kita ketahui boleh dikatakan dalam masa hidup beliau. Kebanyakan kedudukan penting dipegang oleh keluarga beliau. Ulama Sambas yang diriwayatkan ini nama lengkapnya ialah Khathib Haji Muhammad Jabir bin Haji Muhammad ‘Arif Maharaja Imam bin Imam Nuruddin bin Imam Mushthafa as-Sambasi. Susunan nama ini dipetik daripada buku Cahaya Suluh Pada Menyatakan Jumaat Kurang Daripada Empat Puluh oleh Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran, cetakan Mathba’ah Al-Ikhwan, Singapura, 1340 H. Kekeluargaan Lebih kurang 200 tahun lamanya jabatan tertinggi dan yang penting tentang Islam di Kerajaan Sambas dipegang oleh datuk nenek ulama ini hingga ke zaman beliau. Menjelang detik-detik akhir sebelum kemerdekaan Indonesia dan hapusnya Kerajaan Sambas, susunan pentadbiran Islam adalah ditangani oleh seorang ‘Maharaja Imam’ yang dilantik Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Beliau ini mendapat dua aliran pendidikan iaitu dalam pengajian Mekah dan berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Yang berpangkat ‘Maharaja Imam’ hanya seorang dan di atasnya ialah Sultan Sambas sendiri. Di bawah ‘Maharaja Imam’ dilantik pula orang yang dinamakan ‘Imam Maharaja’ yang terdiri daripada beberapa orang. Semuanya dalam lingkungan terdekat keluarga ini. Yang berpangkat Imam Maharaja ialah Haji Abdur Rahman Hamid. Beliau ini merupakan saudara sepupu dan ipar Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Haji Muhammad Jabir (ulama yang diriwayatkan ini) juga berpangkat Imam Maharaja sekali gus sebagai Imam Besar. Beliau ini adalah ayah saudara Maharaja Imam Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Keluarga rapat mereka pula ialah Haji Muhammad Mursal, Haji Muhammad, Haji Murtadha dan Haji Muhammad Shiddiq. Semua mereka memegang jabatan Khatib Sidana dan Khatib.

Selain memegang jabatan tinggi dan penting dalam Kerajaan Sambas, keturunan mereka memainkan peranan dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Bahkan setelah Indonesia merdeka, keluarga ini masih mendapat tempat dalam masyarakat sama ada di Sambas sendiri mahupun hingga di Jakarta.

Tidak diketahui dari negeri mana mereka berasal. Apakah mereka juga berasal dari Brunei ataupun dari Banjar, ataupun dari Patani atau dari tempat-tempat lain. Walau bagaimanapun, pada tahun 1970, ketika saya menaiki sampan menyelusuri Sungai Sambas selama berjam-jam, seorang yang telah tua menceritakan kepada saya tentang ‘Keramat Lumbang’ (sebuah tempat yang terkenal di Sambas). Riwayat Menurut beliau, nama sebenar Keramat Lumbang itu ialah Syeikh Abdul Jalil al-Fathani.

Dari segi warna kulit dan perwatakan, banyak persamaan antara keluarga ulama Sambas dengan keluarga ulama Patani yang berasal dari Kerisik, Patani. Pendidikan awal dan asas Muhammad Jabir dipercayai daripada ayahnya sendiri, Maharaja Imam Haji Muhammad Arif. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Mekah bersama beberapa orang dalam keluarga ini termasuk beberapa orang Sambas lainnya. Antara guru mereka di Mekah ialah Syeikh Abu Bakri Syatha, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Ahmad al-Fathani. Muhammad Jabir dan kawan-kawannya yang berasal dari Sambas hanya mendapat pendidikan akhir di Mekah.

Setelah semua mereka pulang ke Sambas, Muhammad Basiuni Imran memperoleh kedudukan yang lebih tinggi walaupun beliau adalah anak saudara dan murid kepada Muhammad Jabir. Ada banyak faktor yang menyebabkan itu berlaku. Kecerdasan Ditinjau dari aspek pendidikan ketika itu, hanya Muhammad Basiyuni Imran seorang yang memperoleh dua sistem pendidikan, pendidikan di Mekah dan pendidikan di Mesir.

Ditinjau dari kecerdasan berfikir dan tangkas bergerak, Muhammad Basiyuni Imran menurut riwayat memang agak lebih daripada yang lainnya. Sungguhpun Khatib Haji Muhammad Jabir dan yang lain-lain masih tetap berpegang menurut aliran tradisional (Kaum Tua) sedangkan anak saudara dan murid beliau Syeikh Muhammad Basiyuni Imran adalah murid Saiyid Rasyid Ridha serta dianggap seorang ‘Kaum Muda’, namun di Sambas tidak pernah terjadi ketegangan debat ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ seperti yang terjadi di Minangkabau dan tempat-tempat lain. Menurut riwayat, sungguhpun Syeikh Muhammad Basiyuni Imran mempunyai kedudukan yang paling tinggi dengan pangkat Maharaja Imam Sambas, namun beliau sangat hormat dan menjaga supaya ayah saudaranya, Imam Haji Muhammad Jabir, tidak tersinggung atau kecil hati atas semua tindakan yang dijalankannya. Selain itu, Syeikh Muhammad Basiyuni Imran juga sedar bahawa pengetahuan tradisional telah diperoleh lebih awal daripada pendidikan ‘tajdid’ atau pembaharuan.

Sungguhpun Syeikh Muhammad Basiyuni Imran seperti Syeikh Tahir Jalauddin mendapat pendidikan di Mesir, tetapi cara bergerak dan berfikir Syeikh Tahir Jalaluddin menyebarkan pembaharuan tidak ditiru oleh Syeikh Muhammad Basiyuni Imran. Nampaknya cara bijak yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Nur al-Fathani lebih diminati oleh beliau. Sungguhpun demikian Syeikh Muhammad Basiyuni Imran ada pula caranya tersendiri. Kebijaksanaannya tidak lepas daripada pengamatan ayah saudara beliau Imam Haji Muhammad Jabir. Beliau juga sangat berhati-hati supaya anak saudara beliau itu tetap ada keserasian dengan beliau. Jadi kedua-duanya sangat menjaga tidak memulakan sesuatu persoalan mengakibatkan pihak lain jadi tersinggung.

Bertemulah dua orang ulama yang bijak menghadapi pelbagai isu antara ayah saudara dengan anak saudara, walaupun dari satu segi ada kesefahaman, dari segi yang lain ada yang tidak disepakati. Akhirnya bertemu pada satu titik kedamaian bukan sebaliknya pada titik perdebatan atau pertengkaran atau perkelahian. Pada pandangan saya, cara itu ‘sungguh bijak’ dan ‘berakhlak mulia’. Ia sangat patut kita contohi dalam kita menghadapi kepelbagaian aliran pemikiran seperti pada zaman sekarang. Setakat ini hanya sebuah karya Khathib Haji Muhammad Jabir yang diberi judul Risalah al-Hajji ditemui. Penulisannya selesai pada 12 Rabiulawal 1331 H. Beliau menggunakan nama Khathib Muhammad Jabir bin al-Marhum al-Imam asy-Syeikh Muhammad Arif Sambas dalam karya itu. Dalam kalimat akhir risalah, beliau berkata: “Telah katamlah ini risalah yang kecil bicara haji dan umrah dan ziarah dengan ringkas (pendek) supaya mudah menurut sebagaimana aturan yang kebanyakan dikerjakan oleh saudara-saudara Islam sebelah tanah Jawi dari mulai ia turun dari rumah ….” Risalah haji karya ulama Sambas tersebut yang ada pada saya ialah cetakan yang kedua, dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, No. 50 Minto Road, Singapura pada 14 Syawal 1343 H bersamaan 7 Mei 1925 M.